Wednesday, January 20, 2016

Memancing Di Pulau Jemor, Jeram Kuala Selangor.

Pulau untuk aktiviti memancing terutama untuk penduduk Lembah Klang.Dari segi lokasi, bersesuaian untuk aktiviti surf-casting sambil bersantai.






Pulau Jemor - pemandangan jarak jauh
Pulau Jemor - kawasan berbumbung
Bagaimana untuk ke sana
Pemancing perlu menaiki bot daripada medan ikan bakar Jeram. Perkhidmatan menghantar dan mengambil penumpang@pemancing terdapat disekitar medan ikan bakar tersebut. Caj perkhidmatan adalah dalam lingkungan RM20 (pergi-balik) seorang.






Hubungi Encik Wan 0126550592. Penghantaran dilakukan sebaik air mula pasang. Bila air surut, tak boleh nak balik@pergi ke pulau. Sesiapa yang terlambat, maka kena tunggu.







Apa yang ada di Pulau Jemor
Dari segi kelengkapan, terdapat beberapa chalet tinggal (siapa cepat dia dapat) serta kawasan berbumbung seluas 4 court badminton yang mana dikongsi beramai-ramai (faham-faham sendiri) serta air hujan yang ditadah didalam beberapa tangki (ada hujan ada air) juga untuk dikongsi beramai-ramai. Kelengkapan memasak serta makanan perlu dibawa kalau tak mau kebulur.


Gambar-gambar kawasan persekitaran Pulau Jemor yang boleh digunakan sebagai tempat berteduh sekiranya dah boring memancing ikan. Kelengkapan memasak seperti periuk serta kuali perlu ada untuk memasak air atau makanan.




Segala tempat perlu dikongsi secara berhemah oleh semua pemancing @ pengunjung pulau. Segala kelengkapan perlu digunakan dengan berhati-hati agar tidakrosak.

Pulau Jemor - Persekitaran kawasan memancing
Untuk kawasan memancing pula, memang terdapat cukup kawasan. Jenis-jenis ikan dikawasan ini adalah seperti gelama, duri, tamok, daun, todak, semilang, gemang, pari karang, tetuka, tanda, kerapu serta siakap. Menurut cerita Wan Bot, rekod tangkapan adalah Siakap 14 Kg serta pari 18kg. Kalau setakat gemang 1.5kg biasa aja katanya.



Umpan yang bersesuaian adalah perlu. Umpan paling power adalah belanak serta udang hidup. Umpan lain seperti umpun-umpun juga cukup menarik untuk memancing gelama serta duri saiz besar. Selain daripada itu umpan ikan hiris, udang serta sotong pasar boleh juga digunakan.


Teknik memancing kebanyakan surf-casting juga teknik pelampung untuk umpan hidup bagi mengorat ikan siakap serta kerapu yang banyak bermain-main di kawasan berbatu sekitar pulau tersebut.







Pemandangan Persekitaran Pulau Jemor





















 Hasil Pancingan



Sumber - RJ